Selasa, 18 Oktober 2016

Artikel fitnah: Mahkamah arah Papagomo bayar Datuk Sukri RM300,000

Datuk Sukri Mohamed (kiri) dan Papagomo
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger “Papagomo” atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar gantirugi sebanyak RM300,000 disamping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam terkenal yang juga bekas ahli parlimen, Datuk Sukri Mohamed.
Peguam beliau, Hisham Fauzi berkata perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran gantirugi dijalankan di sini ekoran dari keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Wan Muhammad Azri bersalah kerana menulis dan menyebarkan artikel fitnah terhadap Sukri.

"Di dalam artikel yang ditulis dan disebarkan oleh Wan Muhammad Azri, Sukri dituduh telah menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan," katanya kepada Malaysia Dateline pagi ini.
Menurutnya mahkamah telah mendapati artikel ini adalah merupakan satu fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

"Perbicaraan kes ini berlarutan dari Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu yang pada mulanya menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.
"Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang telah di dengar pada bulan Jun yang lalu," katanya.

Di dalam perbicaraan kes ini Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Ahad, 16 Oktober 2016

MAUT DI TIKAM BAKAL ADIK IPAR


Kuala Terengganu: Lelaki mati dibunuh dengan enam kesan tikaman di kawasan letak kenderaan di Kompleks Seri Iman, di sini, 11.30 pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Shukri Husin, 34, dari Kelantan diserang suspek berusia 29 tahun yang juga bakal adik iparnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek dan beberapa ahli keluarga yang lain datang ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengesahkan status perkahwinan suspek yang dikatakan akan berkahwin dengan adik mangsa dan mendakwa sudah bercerai.
"Pemeriksaan mendapati dia masih mempunya isteri dan ketika kedua-dua keluarga sedang berurusan, mangsa dan suspek keluar ke kawasan letak kenderaan.
"Ketika mereka berada di situ, suspek menyerang mangsa dipercayai menggunakan pisau sebelum melarikan diri menaiki Honda Civic berwarna merah dipandu seorang lelaki.
"Pemeriksaan mendapati terdapat enam kesan kecederaan termasuk di leher dan dada sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat," katanya.
Wan Abd Aziz berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sabtu, 15 Oktober 2016

PULAU PINANG TERUS NOMBOR SATU DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

Dalam masa lapan tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007, menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Kerajaan negeri Pulau Pinang membantah keras pembohongan BN kononnya prestasi ekonomi dan kewangan kerajaan negeri Pakatan sangat menyedihkan, dan memutarbelit kejayaan kita mengubah ekonomi Pulau Pinang menjadi salah satu yang paling dinamik di Malaysia.
BN tidak boleh menukar hitam jadi putih, atau putih menjadi hitam apabila laporan tahunan Ketua Audit Negara membuktikan perkara-perkara berikut.
Sepanjang lapan tahun sejak kerajaan Pakatan mengambil alih, Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan belanjawan tahunan dengan lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta sepanjang lapan tahun 2008-2015, lebih banyak berbanding BN sepanjang 50 tahun antara 1957-2007 yang setakat RM373 juta.
Kita telah berjaya melakukan lebih baik dalam tempoh lapan tahun berbanding apa yang BN lakukan dalam masa 50 tahun.
Aset rizab dua kali ganda


Aset rizab kita telah meningkat hapir dua kali ganda sepanjang tempoh lapan tahun ini, daripada RM850 juta menjadi RM1.6 bilion.
Lebih signifikan ialah hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sehingga 90 peratus dalam jangka masa yang sama pada jumlah RM69 juta menjelang hujung 2015, yang terendah dalam negara.
Hutang RM69 juta ini perlu dibandingkan dengan sejumlah RM16.8 bilion oleh 13 negeri, dengan Pahang yang berhutang hampir RM2.9 bilion, diikuti Sabah sebanyak RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion, Kedah RM2.3 bilion dan Kelantan RM1.3 bilion.
Bandingkan prestasi ekonomi Pulau Pinang dengan kerajaan persekutuan yang telah merekodkan belanjawan tahunan berdefisit untuk 18 tahun berturut-turut sejak tahun 1998 dan hutang kerajaan persekutuan yang meningkat tiga kali ganda sejak 2007 menjadi RM800 bilion.
Jadi beritahu saya - prestasi ekonomi kerajaan manakah yang menyedihkan?
Projek terbengkalai
Hasil kejayaan ekonomi Pulau Pinang boleh dilihat dengan kembali hidupnya projek-projek perumahan yang terbengkalai dan pemulihan pusat-pusat pelancongan yang telah mati seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, George Town, Penang International Sports Arena (PISA) dan malah Seberang Perai.
Bahkan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada bantuan tunai sebanyak RM400 juta yang diagihkan saban tahun seperti pemberian RM100 setiap tahun untuk warga emas, ibu tunggal, surirumah, orang kelainan upaya dan murid sekolah, serta bayaranone-off RM1000 untuk perbelanjaan kematian, RM200 untuk anak-anak baru lahir dan RM1000 untuk mahasiswa tahun pertama.
BN telah cuba untuk memusnahkan kejayaan Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus yang bersih, termasuk amalan tender terbuka, yang telah mendapat pujian daripada laporan tahunan Ketua Audit Negara dan juga Transparency International dengan mendakwa bahawa:
“Jabatan Statistik menunjukkan bahawa KDNK per-kapita untuk Pulau Pinang merekodkan kenaikan 44 peratus daripada RM31,039 pada tahun 2007 ke RM44,847 pada tahun 2015, kadar terendah yang direkodkan. BN malah memuji negeri paling miskin di Malaysia, Kelantan. KDNK per-kapita di Kelantan bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah, namun kadar pertumbuhan untuk negeri Pantai Timur iu pada tempoh yang sama antara 2007-2015 jauh mendahului Pulau Pinang pada kadar 73.9 peratus.”
BN gagal menyebutkan bahawa merekalah penyebab kenapa Pulau Pinang merekodkan kadar pertumbuhan terendah bagi KDNK per-kapita.
Bermula dengan negeri tercorot
Bagi tahun 2006-2007, Pulau Pinang adalah negeri tercorot, merekodkan kadar pertumbuhan KDNK per-kapita pada hanya 5.9 peratus. Apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pada tahun 2008, kita mempunyai tugasan yang besar untuk mengubah ekonomi yang direkodkan pada kadar terendah bagi KDNK per-kapita.
Kerajaan Pakatan telah berjaya mengatasi cabaran ini seperti yang ditunjukkan angka-angka yang diberikan Jabatan Statistik. Pulau Pinang menduduki tempat ketiga seluruh negara bagi pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2012-2013, tempat kedua bagi tahun 2013-2014 dan johan pada tahun 2014-2015.
Meskipun kita mengambil masa 8 tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah negeri tercorot dalam negara bagi tahun 2006-2007 menjadi negeri nombor satu dalam pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Inilah kemampuan kerajaan Pakatan, menukarkan defisit menjadi lebihan, negeri corot menjadi juara, hutang yang tinggi bertukar rendah.
Rahsia kejayaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang ialah integriti dan urustadbir bersih. Bezakan Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih di Malaysia yang dipuji Transparency International dengan kerajaan persekutuan BN yang diberi gelaran kerajaan paling korup dalam dunia.
Daripada memuji kami kerana mengubah ekonomi negeri Pulau Pinang, kami disuruh belajar daripada BN yang telah menjahanamkan reputasi negara di mata dunia dengan skandal RM53 bilion 1MDB dan skandal derma RM4.2 bilion.
Mereka yang berbohong semudah bernafas nyata tidak layak memimpin negara.

LIM GUAN ENG Ketua menteri Pulau Pinang

PULAU PINANG TERUS NOMBOR SATU DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

Dalam masa lapan tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007, menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Kerajaan negeri Pulau Pinang membantah keras pembohongan BN kononnya prestasi ekonomi dan kewangan kerajaan negeri Pakatan sangat menyedihkan, dan memutarbelit kejayaan kita mengubah ekonomi Pulau Pinang menjadi salah satu yang paling dinamik di Malaysia.
BN tidak boleh menukar hitam jadi putih, atau putih menjadi hitam apabila laporan tahunan Ketua Audit Negara membuktikan perkara-perkara berikut.
Sepanjang lapan tahun sejak kerajaan Pakatan mengambil alih, Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan belanjawan tahunan dengan lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta sepanjang lapan tahun 2008-2015, lebih banyak berbanding BN sepanjang 50 tahun antara 1957-2007 yang setakat RM373 juta.
Kita telah berjaya melakukan lebih baik dalam tempoh lapan tahun berbanding apa yang BN lakukan dalam masa 50 tahun.
Aset rizab dua kali ganda


Aset rizab kita telah meningkat hapir dua kali ganda sepanjang tempoh lapan tahun ini, daripada RM850 juta menjadi RM1.6 bilion.
Lebih signifikan ialah hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sehingga 90 peratus dalam jangka masa yang sama pada jumlah RM69 juta menjelang hujung 2015, yang terendah dalam negara.
Hutang RM69 juta ini perlu dibandingkan dengan sejumlah RM16.8 bilion oleh 13 negeri, dengan Pahang yang berhutang hampir RM2.9 bilion, diikuti Sabah sebanyak RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion, Kedah RM2.3 bilion dan Kelantan RM1.3 bilion.
Bandingkan prestasi ekonomi Pulau Pinang dengan kerajaan persekutuan yang telah merekodkan belanjawan tahunan berdefisit untuk 18 tahun berturut-turut sejak tahun 1998 dan hutang kerajaan persekutuan yang meningkat tiga kali ganda sejak 2007 menjadi RM800 bilion.
Jadi beritahu saya - prestasi ekonomi kerajaan manakah yang menyedihkan?
Projek terbengkalai
Hasil kejayaan ekonomi Pulau Pinang boleh dilihat dengan kembali hidupnya projek-projek perumahan yang terbengkalai dan pemulihan pusat-pusat pelancongan yang telah mati seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, George Town, Penang International Sports Arena (PISA) dan malah Seberang Perai.
Bahkan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada bantuan tunai sebanyak RM400 juta yang diagihkan saban tahun seperti pemberian RM100 setiap tahun untuk warga emas, ibu tunggal, surirumah, orang kelainan upaya dan murid sekolah, serta bayaranone-off RM1000 untuk perbelanjaan kematian, RM200 untuk anak-anak baru lahir dan RM1000 untuk mahasiswa tahun pertama.
BN telah cuba untuk memusnahkan kejayaan Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus yang bersih, termasuk amalan tender terbuka, yang telah mendapat pujian daripada laporan tahunan Ketua Audit Negara dan juga Transparency International dengan mendakwa bahawa:
“Jabatan Statistik menunjukkan bahawa KDNK per-kapita untuk Pulau Pinang merekodkan kenaikan 44 peratus daripada RM31,039 pada tahun 2007 ke RM44,847 pada tahun 2015, kadar terendah yang direkodkan. BN malah memuji negeri paling miskin di Malaysia, Kelantan. KDNK per-kapita di Kelantan bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah, namun kadar pertumbuhan untuk negeri Pantai Timur iu pada tempoh yang sama antara 2007-2015 jauh mendahului Pulau Pinang pada kadar 73.9 peratus.”
BN gagal menyebutkan bahawa merekalah penyebab kenapa Pulau Pinang merekodkan kadar pertumbuhan terendah bagi KDNK per-kapita.
Bermula dengan negeri tercorot
Bagi tahun 2006-2007, Pulau Pinang adalah negeri tercorot, merekodkan kadar pertumbuhan KDNK per-kapita pada hanya 5.9 peratus. Apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pada tahun 2008, kita mempunyai tugasan yang besar untuk mengubah ekonomi yang direkodkan pada kadar terendah bagi KDNK per-kapita.
Kerajaan Pakatan telah berjaya mengatasi cabaran ini seperti yang ditunjukkan angka-angka yang diberikan Jabatan Statistik. Pulau Pinang menduduki tempat ketiga seluruh negara bagi pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2012-2013, tempat kedua bagi tahun 2013-2014 dan johan pada tahun 2014-2015.
Meskipun kita mengambil masa 8 tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah negeri tercorot dalam negara bagi tahun 2006-2007 menjadi negeri nombor satu dalam pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Inilah kemampuan kerajaan Pakatan, menukarkan defisit menjadi lebihan, negeri corot menjadi juara, hutang yang tinggi bertukar rendah.
Rahsia kejayaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang ialah integriti dan urustadbir bersih. Bezakan Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih di Malaysia yang dipuji Transparency International dengan kerajaan persekutuan BN yang diberi gelaran kerajaan paling korup dalam dunia.
Daripada memuji kami kerana mengubah ekonomi negeri Pulau Pinang, kami disuruh belajar daripada BN yang telah menjahanamkan reputasi negara di mata dunia dengan skandal RM53 bilion 1MDB dan skandal derma RM4.2 bilion.
Mereka yang berbohong semudah bernafas nyata tidak layak memimpin negara.

LIM GUAN ENG Ketua menteri Pulau Pinang

Jumaat, 14 Oktober 2016

RAWATAN ISLAM RM32,000.00


SEKEPING resit bayaran berjumlah RM32,800 dikenakan kepada penama Saadiah Binti Wahab bagi rawatan perubatan dengan kepala surat bertulisPusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka tersebar di Laman Sosial Facebook dan Twitter.

Anak mangsa, Muhammad Sholehin B. Md Saad tampil mendakwa ditipu oleh pihak yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri sendiri sambil menyifatkan perbuatan itu memalukan Islam.

Menceritakan secara terperinci tentang resit bayaran yang tersebar itu, Sholehin berkata pada malam 11 Oktober 2016 yang lalu beliau yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya, Saadiah yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Rizqi, Melaka.




Pihak hospital dakwa Sholehin tidak dapat mengesan punca kesakitan tersebut. Beliau cuba mendapatkan rawatan cara Islam bagi menghindarkan diri dari terjebak kepada sebarang perbuatan syirik sepanjang proses rawatan.

Menurut Sholehin lagi, bayaran RM300 dikenakan untuk 'scan' (imbas) penyakit. Memikirkan derita ditanggung oleh ibu, beliau yang pada awalnya merasa berat hati, tetap rela membayar kos itu selepas meminta bantuan isteri dan abangnya.

Selepas pemeriksaan dibuat, beliau ditanya sama ada mahu meneruskan rawatan, beliau menjawab "ya," dan memang itulah tujuannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan bagi ibu.

Apa yang mengejutkan, cas rawatan yang diserahkan untuk bayaran kepadanya berjumlah RM32,800, selepas berlaku tawar menawar, harga diturunkan kepada RM22,000.

Alasan diberikan ialah, itu merupakan kos untuk menanggung risiko bagi melakukan rawatan terhadap ibunya, dan rawatan tidak akan dimulakan sehinggalah duit atau barangan yang setimpal dengan harga itu dijelaskan.

Sholehin mendakwa pada ketika itu ibunya yang sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, terus menyerahkan rantai tangan emas miliknya yang dibeli dengan harga sekitar RM4,000 suatu masa dahulu.

Namun selepas rawatan yang dimaklumkan hanya suku daripada keseluruhan rawatan yang patut dijalani itu selesai dilakukan, Sholehin bertanya keadaan ibunya, namun ibunya hanya mendiamkan diri.

Ketika berada dalam kereta barulah ibunya berkata tiada sebarang perubahan berlaku, malah kesakitan ditanggung semakin teruk. Sehingga hari ini Sholehin mendakwa sakit ibunya masih berterusan malah kini ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital.

Individu bernama Am didakwa turut menawarkan air yassin untuk diminum dan digunakan sebagai mandian untuk ibu dengan harga RM40 sebotol (1.5 Liter).

Namun selepas Sholehin memberitahu tidak memiliki wang, individu tersebut terus memberikan air yassin itu secara percuma. Beliau turut mendakwa menolak apabila Am menghantar mesej kepadanya menggesa untuk rawatan susulan bagi ibu. — EdisiRakyat.com, 14 Oktober 2016 

Rabu, 12 Oktober 2016

Peguam dedah lagi kos mahkamah belum dilunaskan Nasrudin Tantawi

GEORGE TOWN, 12 OKT: Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi hari ini diingatkan pula tentang bayaran kos untuk permohonannya mahu mengenepikan saman fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditolak mahkamah pada 20 April tahun lalu sebanyak RM2,000.
“Peguam Ketua Menteri masih belum membuat tuntutan kos itu dari beliau. Pihak kami telah diberi arahan untuk menuntut bayaran tersebut secepat mungkin.
“Pihak kami juga mahu tekankan bahawa jumlah kos RM10,000 (dan RM2,000 yang akan dituntut kelak) akan diberi sepenuhnya kepada peguam Ketua Menteri,” jelas Pegawai khas undang-undang Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib dalam satu kenyataan.
Lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkannya semalam, Raja Syarafina berkata Nasrudin sepatutnya membuat permohonan bagi melanjutkan tempoh bayaran kos mahkamah kepada Guan Eng jika beliau berada di luar negara sehingga akhir bulan lalu.
“Dalam zaman internet yang membolehkan komunikasi merentas sempadan negara dengan cepat, takkan susah sangat untuk YB Nasrudin maklumkan bahawa beliau perlukan masa untuk membayar?” soalnya sinis.
Menurut beliau, pihaknya tidak menerima apa-apa permohonan untuk lanjutan masa pembayaran daripada Nasrudin, sedangkan ia wajar dibuat jika beliau tidak mampu membayar kos itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan Nasrudin semalam bahawa bayaran kos mahkamah sebanyak RM10,000 kepada Guan Eng itu tidak dapat dibuat kerana berada di luar negara sehingga akhir September.
Menurut Raja Syarafina, penghakiman termeterai telah diserahkan kepada peguamcara Nasrudin pada 19 September lalu yang turut menuntut beliau membayar kos itu dalam masa 14 hari, iaitu sebelum 2 Oktober 2016.
“Memandangkan tiada bayaran diterima sebelum luputnya tempoh pada 2 Oktober, maka peringatan pembayaran telah dihantar pada 7 Oktober dan diterima oleh firma peguam Nasrudin pada 11 Oktober lalu.
“Bayaran itu masih tidak ada selepas tiga minggu tetapi beliau sebaliknya memilih untuk menyerang tindakan saya mengeluarkan kenyataan akhbar semalam,” ujarnya.
Kos RM500 tidak dituntut peguam Tantawi
Berhubung dakwaan Nasrudin bahawa Guan Eng gagal membayar RM500 kos yang diperintahkan oleh mahkamah pada 2014, Raja Syarafina berkata ia tidak dituntut oleh peguam Ahli Parlimen Temerloh itu sejak dua tahun lalu sehingga ke hari ini.
“Perintah berkenaan tidak pernah diserahkan kepada pihak kami. Surat terakhir daripada pihak kami kepada peguam beliau berhubung perkara ini adalah setakat 3 Oktober 2014.
“Selepas tarikh tersebut, tidak ada apa-apa tuntutan bayaran pernah dihantar,” jelasnya sambil menambah, Nasrudin seharusnya menyemak fakta yang betul sebelum mengetengahkan isu berkenaan.
Nasrudin dan Guan Eng sebelum ini bersetuju untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah dengan terma-terma yang antara lain menuntut Nasrudin sebagai defenden membayar kos sebanyak RM10,000.
Beliau disaman ekoran memfitnah Setiausaha Agung DAP itu menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus. – Roketkini.com

DENDA KERANA BEREHAT LAMA DI RNR DI BANTAH

Kenyataan Media
12 Oktober 2016
Guna Lebuhraya Lebih Masa Dikenakan Penalti Tidak Logik, Mengundang Kecelakaan
Respon syarikat konglomerat Projek Lebuhraya Utara Selatan Malaysia Berhad (PLUS) semalam berkenaan caj tambahan pengguna lebuhraya yang lewat keluar tol adalah amat mendukacitakan. PLUS kini secara senyap telah mengenakan caj Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan atau 'Long Journey Time' (LJT), bagi pengguna lebuhraya yang melebihi masa ditetapkan.
Menurut PLUS dalam kenyataannya, pengguna lebuhraya hanya layak berhenti rehat di hentian Rawat dan Rehat (RnR) selama 2.3jam (138 minit) dan ditambah dengan jumlah masa perjalanan dengan formula tertentu. Sekiranya masa yang diambil oleh pengguna lebuhraya melebihi jumlah masa rehat dan formula jarak perjalanan tersebut, penalti akan dikenakan kepada pengguna.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras penalti yang dikenakan secara senyap oleh PLUS terhadap pengguna lebuhraya. Penalti yang dikenakan ini tidak logik sama sekali malah boleh berlaku tanpa pengetahuan pengguna lebuhraya yang menggunakan kaedah pembayaran Touch n Go. Alasan kononnya berlaku manipulasi kad transit oleh sesetengah pengguna lebuhraya adalah tidak rasional, sepatutnya pihak PLUS punya mekanisma lebih baik untuk atasi masalah ini, bukan dengan cara menghukum pengguna dengan cas tambahan.
Hentian RnR adalah kawasan rehat untuk pengguna lebuhraya, pihak PLUS tidak wajar menetapkan waktu rehat bagi pengguna. Berapa jam pengguna ingin berehat adalah terpulang kepada pengguna kerana laluan lebuhraya ini dibayar, bukan percuma. Pengguna lebuhraya acapkali disaran untuk berehat sekiranya mengantuk, ini demi mengelakkan kemalangan akibat kepenatan atau tertidur akibat rehat yang tidak cukup. Namun kini PLUS pula mengenakan penalti hanya kerana berehat lebih masa.
Penalti yang dikenakan menyebabkan pengguna lebuhraya lebih terdesak dengan kadar tol yang sememangnya tinggi, kini pengguna akan mengelak untuk berhenti rehat supaya tiada penalti dikenakan terhadap mereka. Malah pengguna juga akan memandu melebihi had laju demi mengejar masa mengelak penalti tersebut. Situasi ini lantas membahayakan semua pengguna lebuhraya.
Apakah PLUS sudah menjadi kapitalis yang kejam? Apakah PLUS ingin bertanggungjawab terhadap kemalangan akibat daripada pengguna lebuhraya yang tidak berhenti rehat?
SAMM juga ingin mencadangkan supaya pihak PLUS pula dikenakan penalti sekiranya berlaku kesesakkan di lebuhraya kendalian PLUS. Formulanya, perjalanan dari tol Seremban ke tol Sg Besi hanya mengambil masa hanya 40 minit, jika berlaku kesesakkan hingga menyebabkan kelewatan lebih 50% dari masa perjalanan sebenar, iaitu lewat sehingga perjalanan menjadi lebih sejam, maka pihak PLUS wajar memberikan diskaun di antara 20%-50% bergantung kepada masa kelewatan. Alasannya, lebuhraya bertol adalah laluan berbayar yang sepatutnya menjimatkan masa. Jika laluan di lebuhraya menjadi terlalu sesak hingga melambatkan masa pengguna, untuk apa laluan itu dibayar?
Akhir sekali, SAMM menggesa supaya penalti yang tidak logik ini dimansuhkan segera. Malah sepatutnya semua tol PLUS dimansuhkan selepas puluh tahun mengutip keuntungan dari pengguna. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan jalanraya, bukan menambah kesengsaraan rakyat.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Bayaran EWSP lewat akibat penjajaran peruntukan

Putrajaya: Kelewatan pembayaran Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) untuk Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sejak Ogos lalu adalah kerana kementerian perlu menjajarkan semua peruntukan kewangan sedia ada.
KPM dalam kenyataan berkata, penjajaran itu dilakukan supaya peruntukan kementerian dapat digunakan secara optimum.
"Kementerian mengambil perhatian terhadap pembayaran elaun berkenaan yang tertangguh sejak Ogos hingga bulan ini.
"Justeru, KPM komited dan berusaha untuk memastikan penyaluran EWSP kepada 21,000 penuntut di 15 kolej matrikulasi di seluruh negara akan dibayar selewat-lewatnya 18 Oktober (Selasa) ini melalui akaun pelajar masing-masing,"katanya.

Selasa, 11 Oktober 2016

KISAH ANAK SEDIH ANAK YANG DI MAKI IBUNYA KERANA PECAHKAN BOTOL MINYAK WANGI


Layari Page Freiends Of Dap click : https://www.facebook.com/Friends-Of-DAP-660266250741134/?ref=aymt_homepage_panel

Isnin, 10 Oktober 2016

YDP PAS PADANG SERAI NAK TANAM PRESIDEN PKR DI KUBUR CINA

3 bulan lalu YDP Pas Padang Serai ini telah meminta maaf kepada kerajaan Pulau Pinang di atas fitnahnya kepada kerajaan negeri dengan menuduh DAP telah mengharamkan bunyi azan di Pulau Pinang dan akhirnya meminta maaf dan mengaku beliau hanya membuat fitnah. Beberapa hari lepas sekali lagi orang yang sama telah membuat fitnah kepada presiden Parti Keadilan Nasional, Dato Seri Wan Azizah Ismail dengan mengatakan seolah olah DS Dr Wan Azizah bila mati nanti bukan lagi sebagi seorang Islam dan akan di kebumikan di perkuburan bukan Islam.
Hari ini sekali lagi beliau meminta maaf di atas fitnah yang telah beliau lakukan sedar perbuatan fitnahnya telah menyebabkan orang orang islam termasuk di kalangan penyokong Pas sendiri sangat marah terhadap tuduhan beliau kepada DS Dr Wan Azizah yang sangat berat itu.
FOD berharap perkara begini tidak berulang lagi lebih lebih lagi fitnah fitnah tersebut termasuk tuduhan amaran untuk menanam DS Dr Wan Azizah di jirat bukan Islam di lakukan di dalam masjid.

Kembara DAP ke dunia Islam: Menyelami Islam Nusantara di Indonesia

Menyambung semula kembara dunia Islam, lewat bulan September ini, DAP telah ke negara jiran kita Indonesia.
Merantau ke bumi Anbiya sudah, ke Mediterranean sudah, maka logiklah kini delegasi DAP yang diketuai Lim Kit Siang berkunjung ke negara serumpun kita itu.
Dua hari pertama kami di bandaraya Jakarta. Di sini, tidak kira sama ada Jokowi mahupun Ahok ataupun Fauzi Bowo yang sebelum mereka, bandaraya ini masih lagi macet, masih lagi diselubungi debu tebal dan masih lagi kaya dengan budaya uniknya. Ia masih lagi menjadi kota segala harapan dan kota kekecewaan bagi puluhan juta yang menghuninya. Segala wayang kehidupan Nusantara ditayang sehari-hari di seluruh pelosok bandaraya ini.
Namun fokus kami adalah pada persembahan politiknya. Terutamanya yang berkaitan dengan Islam. Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat Islam di dunia. Indonesia dan Malaysia negara jiran yang mempunyai banyak persamaan walaupun tidak kurang juga perbezaan kita.
Kembara kami ke dunia Islam membuka mata kami kepada Islam yang lebih luas. Saya sendiri pergi merantau bukan hanya sebagai orang politik yang mempunyai kepentingan mencedok pengetahuan tentang Islam dan politik moden, saya juga pergi sebagai penziarah ataupun pilgrim yang ingin tahu tentang agama yang dianuti 1.6 billion orang di seluruh dunia. Adakah apa yang kita lihat di Malaysia ini menggambarkan segala-galanya tentang Islam? Pengalaman saya menyertai kembara DAP ke dunia Islam menginsafkan saya bahawa ada dunia Islam serta pandangan dunia (weltanschauung) Islam yang jauh lebih luas.
Islam yang menebus budaya bukan menyanggah budaya
Di Turki saya masih ingat lagi bagaimana buat pertama kali kami berinteraksi dengan Islam di luar kepompong Arabia. Kini di ne
geri jiran, kami ketemu Islam nusantara. Mungkin inilah yang disebut “rahmatan lil alamin” (rahmat kepada seluruh alam), suatu kebaikan yang universal dan begitu pemurah, mampu untuk memuatkan segala karenah budaya manusia di dunia ini.
Kyai Haji Yahya Staquf, Setiausaha Agung Majlis Syura Nahdlatul Ulama, mengiktirafkan sumbangan Walisongo dalam hal ini. Islam yang mereka perkenalkan di kepulauan Indonesia merupakan Islam kontekstual yang menebus budaya bukan menyanggah budaya. Tidak melihat budaya Nusantara ini sebagai rendah daripada Arab, tidak melihat kepada amalan dulu-dulu sebagai lebih hebat tanpa kritis.
Kyai Yayha Staquf memberikan contoh bagaimana Islam di Indonesia melakukan kontekstualisasi terhadap Mahabharata dan bukannya ditolak begitu sahaja semata-mata ianya mitos Hindu. Dalam Mahabharata itu, kisah Draupadi yang mengamalkan poliandri, yanwhatsapp-image-2016-09-22-at-15-58-46g dilarang Islam, digubal supaya sesuai dengan nilai-nilai Islam tanpa mengubah secara radikal jalan cerita serta moral sejagat dalam cerita tersebut. Dalam versi kontekstualisasi tersebut, Draupadi berkahwin dengan seorang suami sahaja iaitu hero Mahabharata, Arjuna.
Beliau berkata bahawa, jika Islam tidak memperakui konteks budaya dan zaman, maka negara majoriti umat
Islam pada hari ini tidak mempunyai legitimasi untuk mengaku sebagai Islam mahupun negara Islam, termasuk Arab Saudi sekalipun. Inilah sebabnya wujud kumpulan seperti Daesh (ISIS) yang menafikan semua bentuk negara Islam kecuali yang diperjuang oleh mereka.
Maqasid syariah mengiktirafkan perlembagaan negara tanpa label Islam
Nahdlatul Ulama merupakan gerakan Islam yang terbesar di Indonesia dan dunia selepas Muhammadiyah, satu lagi gerakan Islam di Indonesia. Tahun ini merupakan ulangtahun ke-90 Nahdlatul Ulama. Soalselidik yang lepas memberikan pengikut gerakan ini sejumlah 100 juta orang, hampir separuh populasi negara Indonesia.
Dalam perjumpaan kami, saya bertanya kepada Kyai Yahya Staquf, apa justifikasi NU tidak melaksanakan undang-undang syariah di Indonesia?
Jawab beliau, “Indonesia sudahpun Islam, you don’t have to seek more Islam, tidak perlu mencari lebih Islam. Undang-undang Dasar Republik Indonesia 1945 (perlembagaan negara itu) sudahpun berfungsi sebagai syariah.”
Yang menariknya ialah NU yang sering dilabel sebagai gerakan tradisionalis dengan kyai-kyai kampungnya memberikan legitimasi kepada perlembagaan republik sebagai “syariah-compliant”. Apabila kumpulan Darul Islam melawan kerajaan republik pada zaman awal kemerdekaan, NU mendukung prinsip Pancaslks-bersama-buya-syafii-maarifila dan konsep Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) lalu menolak penubuhan negara teokratik Islam.
Syariah bagi NU bukan sahaja hukum-hukum bertulis tetapi juga merangkumi asas-asas kestabilan sosial. Dalam kata lain, NU menekan kepada maqasid syariah dalam hidup bermasyarakat. Malah, perkataan “masyarakat” ini diperkenalkan oleh Walisongo untuk memberi takrifan kepada sekumpulan orang yang setara (tiada pemisahan tuan-hamba) dan juga saling bergantung.
Perbualan ini membuat saya mengenang kembali detik-detik berharga berjumpa Sheikh Rachid Ghannouchi, pemimpin en-Nahda Tunisia. Sheikh Ghannouchi berkata begini kepada saya semasa perjumpaan kami di Tunisia:
“Jika kami memaksa masyarakat bergaduh [untuk menubuhkan negara Islam], lawan satu sama lain, maka kami akan terkeluar dari syariah. Kami melaksanakan Islam melalui ijtihad. Islam tidak boleh dilaksanakan dengan kaedah yang sama di semua tempat. Tunisia tidak sama dengan Malaysia, tidak sama dengan London. Islam perlu berdepan dengan realpolitik. Islam perlu berdepan dengan realiti, bukan imaginasi. Bukan masyarakat dan dunia yang dibayangkan tetapi dunia yang sebenar-benarnya.”
Pintu besar ijtihad tidak akan tertutup
Walaupun Muhammadiyah, satu lagi gerakan Islam yang besar di Indonesia yang kini berusia 104 tahun, sering dikatakan mempunyai pandangan yang berbeda dengan NU, namun dalam bab Islam dan politik, saya nampak prinsip yang hampir serupa.
Selepas Jakarta, kami ke Yogyakarta. Di situ, rombongan kami sempat untuk mengunjungi rumah Buya Dr. Ahmad Syafi’i Maarif, bekas Ketua Umum Muhammadiyah. Negarawan Indonesia ini menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan politik di Malaysia. Sebenarnya ramai yang bertanya kepada Lim Kit Siang khabar politik negara kita. Ada kalangan kyai-kyai dan tokoh komuniti Indonesia pula begitu girang berjumpa Lim Kit Siang. Rupa-rupanya, berita perjuangan DAP dan pemimpin kami juga kesampaian di Indonesia.gambar-2
Di rumah Buya Syafi’i Maarif, saya terharu melihat Buya memeluk erat Lim Kit Siang. Buya sudah berumur 81 tahun, Lim 76. Di tanah air, Lim Kit Siang dicemuh dan ditomah sebagai anti-Islam dan kafir harbi. Di negeri orang, beliau mendapat penghormatan pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam terkemuka. Hanya jauhari mengenal manikam.
Berbalik kepada Islam dan politik, tokoh Muhammadiyah itu mengupas perbedaan Islam di Indonesia dan di Malaysia. Beliau menegaskan kelapangan Islam di Indonesia. Lapang dari segi nilai Islam yang universal tetapi tetap murah hati untuk menerima kemajmukan budaya. Saya kagum; ini kelapangan yang begitu meluas. Buya Syafi’i Maarif juga berbicara tentang maqasid syariah, satu terma yang saya ketemu berulang-ulang kali dalam kembara kami ke dunia Islam. Buya berkata bahawa umat Islam setiap zaman berhak untuk mempersoal fiqh dan ijtihad klasik. Inilah yang menjadikan Islam di Indonesia unik, kerana komitmen para pemimpin Islam waima ulama Indonesia kepada pemikiran merdeka. “The gate of ijtihad never closes”, kata Buya Syafi’i Maarif yang berupa penerima Anugerah Ramon Magsaysay 2008 sebagai pengiktirafan sumbangan beliau ke arah keamanan dan persefahaman antarabangsa.
Kita tidak perlu cari di tempat lain
Dalam pada dunia semakin beralih dari wassatiyah tengah ke populisme kanan, Islam di Indonesia menawarkan satu pendekatan yang menarik dengan fokusnya kepada kontekstualisasi dan maqasid syariah. Walaupun politik identiti begitu pekat, namun ianya tidak bermakna agama dan budaya lain mestilah ditentang. Komitmen kepada demokrasi oleh Islam di Indonesia – yang jikalau disurih akan bertemu dengan konsep 14390676_10156264303531515_7568354147684896707_n-1musyawarah dalam Islam itu sendiri – menjadikan Indonesia terus kaya dengan kemajmukan budaya tanpa kompromi dengan nilai-nilai tersendiri pandangan dunia masing-masing. Penyelesaian kepada dunia yang semakin diracuni kebencian terhadap perbedaan dan seterusnya kekuatan Islam itu sendiri ialah pengiktirafan nilai-nilai kemanusiaan sejagat sebagai nilai-nilai Islami. Ini secara langsung menyatakan bahawa nilai-nilai Islami itu adalah fitrah and maka “intuitive” ataupun semulajadi kepada semua golongan manusia tanpa label agama sekalipun.
Negara jiran kita membuktikan bahawa kita sebenarnya tidak perlu formula baru. Indonesia ada Pancasila dan Undangan-Undangan Dasar 1945, Malaysia juga punya Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Semuanya boleh dicari dalam tradisi kita: Islam yang universal dan murah hati, dan demokrasi yang berlandas kemajmukan.
*Steven Sim ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis..

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis..
Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.
Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini , Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.
"Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.
"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.
"Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya.
Imelda adalah balu kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos,yang memiliki lebih seribu pasang kasut berjenama yang mahal.
Ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan dari mana datangnya wang berkenaan memandangkan perdana menteri tidak mampu berbelanja dengan boros hanya dengan gajinya.
Dalam laporan polisnya, Lim menggesa polis menyiasat isu AS$14 juta itu dengan dengan mengambil kira unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
Menurut WSJ , Najib membelanjakan sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM58 juta) untuk percutian membeli-belah sakan dan mengumpul barangan kemas.
Perbelanjaan itu dilakukan di gedung-gedung di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan beberapa tempat lain.
Perdana Menteri berulang kali menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa kumpulan tertentu berkomplot untuk menggulingkannya.
Sementara itu, kerajaan juga telah menuduh WSJ adalah sebahagian daripada kempen berkenaan untuk menumbangkan perdana menteri.
Sebelum laporan WSJ itu, Australia Broadcasting Corporation ( AB C) menerbitkan surat daripada putera Arab, Saud Abdulaziz Majid yang mengikrarkan AS$375 juta (RM1.5 bilion) kepada Najib.
Kagum dengan tadbir urus perdana menteri berdasarkan prinsip Islam, putera itu berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu dengan pemberian berkenaan.
Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung RM2.6 bilion yang berada di akaun peribadi beliaunya yang digambarkan sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah dan juga wang RM42 juta daripada SRC International.

TONG BERISI MAYAT

"Semasa potongan di bahagian sisi dibuat, keluar batu kelikir bersalut simen dan saya dapat lihat di dalam tong tersebut mengandungi guni dan campuran simen.
"Selepas itu, anggota bomba potong bahagian tengah tong itu dan ketika tong dibuka, saya lihat gigi manusia melalui lubang pada guni tersebut,"
siapa yang mengarah beliau dibunuh dgn cara yang kejam...Ada Sape2 Yang Makan Cili ?

BONGKAR SALAH LAKU RASUAH ISU PATI

Wartawan rancangan berbentuk siasatan macam 999 di Indonesia menyamar jadi pendatang asing untuk masuk ke Malaysia secara haram.
Semua video kejadian dirakam, macam-macam jenis kantoi ada...
Antaranya pendatang asing masuk Malaysia secara haram bayar rasuah RM50 hingga RM100 je.
Tempat mendarat betul-betul sebelah Pelabuhan yang sah.
Lihatlah sendiri.
Sebarkan..

Click

https://www.facebook.com/Friends-Of-DAP-660266250741134/?ref=aymt_homepage_panel

KAJIAN PERSEMPADANAN SEMULA



Kajian Persempadanan Kawasan Pilihanraya Tahun 2016 : Satu analisa ringkas bagi kawasan-kawasan parlimen di Selangor
Sebagai permulaan mari kita lihat jadual di bawah
Jadual 1: Perubahan jumlah pengundi bagi kawasan parlimen di Selangor
Bil Kod Parlimen 2013 2016
1. P. 92 Sabak Bernam 37,318 37,126
2. P. 93 Sungai Besar 42,926 42,833
3. P. 94 Hulu Selangor 85,853 86,599
4. P. 95 Tanjong Karang 42,333 42,658
5. P. 96 Kuala Selangor 62,298 60,425
6. P. 97 Selayang 105,895 93,380
7. P. 98 Gombak 23,290 124,983
8. P. 99 Ampang 83,135 79,287
9. P. 100 Pandan 83,857 88,489
10. P. 101 Hulu Langat 127,347 82,951
11. P. 102 Serdang/Bangi 133,265 146,168
12. P. 103 Puchong 107,010 82,698
13. P. 104 Kelana Jaya/Subang 100,222 128,330
14. P. 105 PJ Selatan/Petaling Jaya 79,247 129,363
15. P. 106 PJ Utara/Damansara 85,401 150,439
16. P. 107 Subang/Sg Buloh 128,543 73,448
17. P. 108 Shah Alam 99,957 91,357
18. P. 109 Kapar 144,159 100,456
19. P. 110 Klang 97,073 141,275
20. P. 111 Kota Raja 105,909 121,126
21. P. 112 Kuala Langat 88,474 89,075
22. P. 113 Sepang 84,362 85,395
Dari data-data di atas kita boleh pecahkan hasil kajian ini kepada tiga kumpulan mengikut perubahan jumlah pengundi seperti berikut:
A. Perubahan tidak ketara iaitu bagi parlimen-parlimen:
1. P. 92 Sabak Bernam BN
2. P. 93 Sungai Besar BN
3. P. 94 Hulu Selangor BN
4. P. 95 Tanjong Karang BN
5. P. 96 Kuala Selangor BN
6. P. 98 Gombak PKR
7. P. 99 Ampang PKR
8. P. 100 Pandan PKR
9. P. 108 Shah Alam PAS
10. P. 112 Kuala Langat PKR
11. P. 113 Sepang PAS
Kumpulan ini sebahagian besarnya adalah kubu kuat BN atau kubu kuat parti-parti bukan BN di mana kajian ini bukan senjata yang bakal digunakan oleh mereka.
B. Peningkatan sangat ketara iaitu bagi parlimen-parlimen:
1. P. 102 Serdang/Bangi DAP
2. P. 104 Kelana Jaya/Subang PKR
3. P. 105 PJ Selatan/Petaling Jaya PKR
4. P. 106 PJ Utara/Damansara DAP
5. P. 110 Klang DAP
6. P. 111 Kota Raja PAS
Kumpulan ini merupakan kubu kuat parti-parti bukan BN dan saya percaya mereka sekadar bertanding untuk menghidupkan jentera parti sahaja atau demi maruah mereka.
C. Penurunan sangat ketara iaitu bagi parlimen-parlimen:
1. P. 97 Selayang PKR
2. P. 101 Hulu Langat PAS
3. P. 103 Puchong DAP
4. P. 107 Subang/Sungai Buloh PKR
5. P. 109 Kapar PKR
Kumpulan ini (kecuali parlimen Puchong) adalah sasaran untuk dirampas oleh BN melalui kajian ini dengan menggunakan dua cara iaitu dengan memindahkan sesebuah DUN dari kumpulan C ke kumpulan B atau memindahkan beberapa Daerah Mengundi dari kumpulan C ke kumpulan B atau A
P. 101 Hulu Langat
Parlimen ini mempunyai pengundi Melayu sekitar 53% sebelum kajian ini dibuat dan mempunyai tiga buah DUN iaitu Dusun Tua (Melayu 57%), Semenyih (Melayu 54%) dan Kajang (Melayu 47%). Selepas Kajian, Dun Kajang dipindahkan ke parlimen Bangi (dulunya dinamakan Serdang). Pemindahan ini menyebabkan peratus mengundi Melayu bagi Parlimen Hulu Langat meningkat kepada sekitar 56%. Walaupun pertambahan pengundi Melayu sekitar 3% sahaja namun BN percaya mereka dapat merampas kembali kubu kuat mereka ini dalam pilihan raya akan datang.
Selepas kajian juga peratus pengundi Melayu di parlimen Bangi meningkat dari sekitar 36% kepada 48% kerana pada masa yang sama DUN Seri Kembangan (Melayu 7%) dipindahkan ke parlimen Puchong. BN-MCA mengharapkan dengan pertambahan 12% pengundi Melayu di situ mereka boleh memberikan saingan sengit kalau pun tidak dapat merampas kembali parlimen tersebut dari DAP.
P. 107 Subang/Sungai Buloh
Parlimen ini mempunyai pengundi Melayu sekitar 50% sebelum kajian ini dibuat dan mempunyai tiga buah DUN iaitu Bukit Lanjan, Paya Jaras dan Kota Damansara. Selepas Kajian, Dun Bukit Lanjan (Melayu sekitar 43%) telah dipindahkan ke Parlimen Damansara (dulunya PJ Utara). Kini parlimen Sungai Buloh (dulunya Subang) hanya mempunyai dua buah DUN sahaja iaitu Paya Jaras (Melayu sekitar 60%) dan Kota Damansara (Melayu sekitar 56%). Pemindahan ini menyebabkan peratus mengundi Melayu bagi Parlimen ini meningkat kepada sekitar 58%. Paya Jaras merupakan kubu kuat BN sejak merdeka di mana mereka menguasainya dalam semua pilihan raya kecuali pada 2013. Mereka yakin dapat merampas kembali Dun ini. Mereka juga yakin dapat merampas DUN Kota Damansara kerana pertandingan tiga penjuru antara UMNO-PAS-PSM seolah-olah tidak dapat dielakkan lagi.
Selepas Kajian juga peratus pengundi Melayu di parlimen Damansara meningkat sedikit dari sekitar 15% kepada 23%. Perubahan ini tidak membawa sebarang makna kerana parlimen Damansara adalah kubu kuat DAP dan pertambahan pengundi Melayu di situ sekadar untuk memastikan calon BN-MCA tidak hilang wang pertaruhan sahaja.
P. 109 Kapar
Parlimen ini mempunyai pengundi Melayu sekitar 51% sebelum kajian ini dibuat dan mempunyai empat buah DUN iaitu Meru (Melayu 60%), Sementa (Melayu 49%), Sungai Pinang (Melayu 28%) dan Selat Kelang (Melayu 65%). Selepas Kajian, Dun Sungai Pinang dipindahkan ke parlimen Klang. Pemindahan ini menyebab kan peratus mengundi Melayu bagi Parlimen Kapar meningkat kepada sekitar 58%. Peningkatan 7% pengundi Melayu ini diharapkan boleh menyebabkan BN-MIC merampas kembali parlimen ini.
Selepas kajian juga peratus pengundi Melayu di parlimen Klang meningkat sedikit dari sekitar 33% kepada 36%. Perubahan ini tidak membawa sebarang makna kerana parlimen Klang adalah kubu kuat DAP dan pertambahan pengundi Melayu di situ sekadar untuk memastikan calon BN-MCA tidak hilang wang pertaruhan sahaja.
P. 97 Selayang
Saya tidak mempunyai data lengkap Pemindahan Daerah Mengundi yang menyebabkan penurunan pengundi begitu ketara di parlimen ini.
Kesimpulan:
1. Jelas tiga buah parlimen iaitu Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kapar merupakan sasaran utama BN untuk dirampas melalui kajian ini.
2. Pada masa yang sama kajian ini menyebabkan kubu-kubu DAP diperkuatkan lagi dan bagaimana MCA boleh berdiam diri sangat memeranjatkan kita.
3. Kawasan parlimen Sepang walaupun tidak terjejas dengan kajian ini bukanlah kawasan yang selamat bagi parti-parti bukan BN cuma BN merasakan mereka boleh merampas kembali parlimen itu tanpa menggunakan kajian SPR yang mereka tunggang ini.
4. Sebenarnya analisa ini tidak lengkap/separuh masak kerana saya tidak mempunyai data kedudukan Daerah-Daerah Mengundi selepas kajian di samping keputusan PU ke 13 bagi setiap Daerah Mengundi.

KENYATAAN MEDIA LIM GUAN ENG

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada hari Sabtu 17 September 2016 di Kuala Lumpur.
DAP kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam. Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit.
DAP turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya.
Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.
Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.
Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti.
LIM GUAN ENG