Selasa, 18 Oktober 2016

Artikel fitnah: Mahkamah arah Papagomo bayar Datuk Sukri RM300,000

Datuk Sukri Mohamed (kiri) dan Papagomo
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger “Papagomo” atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar gantirugi sebanyak RM300,000 disamping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam terkenal yang juga bekas ahli parlimen, Datuk Sukri Mohamed.
Peguam beliau, Hisham Fauzi berkata perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran gantirugi dijalankan di sini ekoran dari keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Wan Muhammad Azri bersalah kerana menulis dan menyebarkan artikel fitnah terhadap Sukri.

"Di dalam artikel yang ditulis dan disebarkan oleh Wan Muhammad Azri, Sukri dituduh telah menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan," katanya kepada Malaysia Dateline pagi ini.
Menurutnya mahkamah telah mendapati artikel ini adalah merupakan satu fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

"Perbicaraan kes ini berlarutan dari Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu yang pada mulanya menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.
"Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang telah di dengar pada bulan Jun yang lalu," katanya.

Di dalam perbicaraan kes ini Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Ahad, 16 Oktober 2016

MAUT DI TIKAM BAKAL ADIK IPAR

Kuala Terengganu: Lelaki mati dibunuh dengan enam kesan tikaman di kawasan letak kenderaan di Kompleks Seri Iman, di sini, 11.30 pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Shukri Husin, 34, dari Kelantan diserang suspek berusia 29 tahun yang juga bakal adik iparnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek dan beberapa ahli keluarga yang lain datang ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengesahkan status perkahwinan suspek yang dikatakan akan berkahwin dengan adik mangsa dan mendakwa sudah bercerai.
"Pemeriksaan mendapati dia masih mempunya isteri dan ketika kedua-dua keluarga sedang berurusan, mangsa dan suspek keluar ke kawasan letak kenderaan.
"Ketika mereka berada di situ, suspek menyerang mangsa dipercayai menggunakan pisau sebelum melarikan diri menaiki Honda Civic berwarna merah dipandu seorang lelaki.
"Pemeriksaan mendapati terdapat enam kesan kecederaan termasuk di leher dan dada sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat," katanya.
Wan Abd Aziz berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sabtu, 15 Oktober 2016

PULAU PINANG TERUS NOMBOR SATU DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

Dalam masa lapan tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007, menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Kerajaan negeri Pulau Pinang membantah keras pembohongan BN kononnya prestasi ekonomi dan kewangan kerajaan negeri Pakatan sangat menyedihkan, dan memutarbelit kejayaan kita mengubah ekonomi Pulau Pinang menjadi salah satu yang paling dinamik di Malaysia.
BN tidak boleh menukar hitam jadi putih, atau putih menjadi hitam apabila laporan tahunan Ketua Audit Negara membuktikan perkara-perkara berikut.
Sepanjang lapan tahun sejak kerajaan Pakatan mengambil alih, Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan belanjawan tahunan dengan lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta sepanjang lapan tahun 2008-2015, lebih banyak berbanding BN sepanjang 50 tahun antara 1957-2007 yang setakat RM373 juta.
Kita telah berjaya melakukan lebih baik dalam tempoh lapan tahun berbanding apa yang BN lakukan dalam masa 50 tahun.
Aset rizab dua kali ganda

Aset rizab kita telah meningkat hapir dua kali ganda sepanjang tempoh lapan tahun ini, daripada RM850 juta menjadi RM1.6 bilion.
Lebih signifikan ialah hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sehingga 90 peratus dalam jangka masa yang sama pada jumlah RM69 juta menjelang hujung 2015, yang terendah dalam negara.
Hutang RM69 juta ini perlu dibandingkan dengan sejumlah RM16.8 bilion oleh 13 negeri, dengan Pahang yang berhutang hampir RM2.9 bilion, diikuti Sabah sebanyak RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion, Kedah RM2.3 bilion dan Kelantan RM1.3 bilion.
Bandingkan prestasi ekonomi Pulau Pinang dengan kerajaan persekutuan yang telah merekodkan belanjawan tahunan berdefisit untuk 18 tahun berturut-turut sejak tahun 1998 dan hutang kerajaan persekutuan yang meningkat tiga kali ganda sejak 2007 menjadi RM800 bilion.
Jadi beritahu saya - prestasi ekonomi kerajaan manakah yang menyedihkan?
Projek terbengkalai
Hasil kejayaan ekonomi Pulau Pinang boleh dilihat dengan kembali hidupnya projek-projek perumahan yang terbengkalai dan pemulihan pusat-pusat pelancongan yang telah mati seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, George Town, Penang International Sports Arena (PISA) dan malah Seberang Perai.
Bahkan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada bantuan tunai sebanyak RM400 juta yang diagihkan saban tahun seperti pemberian RM100 setiap tahun untuk warga emas, ibu tunggal, surirumah, orang kelainan upaya dan murid sekolah, serta bayaranone-off RM1000 untuk perbelanjaan kematian, RM200 untuk anak-anak baru lahir dan RM1000 untuk mahasiswa tahun pertama.
BN telah cuba untuk memusnahkan kejayaan Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus yang bersih, termasuk amalan tender terbuka, yang telah mendapat pujian daripada laporan tahunan Ketua Audit Negara dan juga Transparency International dengan mendakwa bahawa:
“Jabatan Statistik menunjukkan bahawa KDNK per-kapita untuk Pulau Pinang merekodkan kenaikan 44 peratus daripada RM31,039 pada tahun 2007 ke RM44,847 pada tahun 2015, kadar terendah yang direkodkan. BN malah memuji negeri paling miskin di Malaysia, Kelantan. KDNK per-kapita di Kelantan bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah, namun kadar pertumbuhan untuk negeri Pantai Timur iu pada tempoh yang sama antara 2007-2015 jauh mendahului Pulau Pinang pada kadar 73.9 peratus.”
BN gagal menyebutkan bahawa merekalah penyebab kenapa Pulau Pinang merekodkan kadar pertumbuhan terendah bagi KDNK per-kapita.
Bermula dengan negeri tercorot
Bagi tahun 2006-2007, Pulau Pinang adalah negeri tercorot, merekodkan kadar pertumbuhan KDNK per-kapita pada hanya 5.9 peratus. Apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pada tahun 2008, kita mempunyai tugasan yang besar untuk mengubah ekonomi yang direkodkan pada kadar terendah bagi KDNK per-kapita.
Kerajaan Pakatan telah berjaya mengatasi cabaran ini seperti yang ditunjukkan angka-angka yang diberikan Jabatan Statistik. Pulau Pinang menduduki tempat ketiga seluruh negara bagi pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2012-2013, tempat kedua bagi tahun 2013-2014 dan johan pada tahun 2014-2015.
Meskipun kita mengambil masa 8 tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah negeri tercorot dalam negara bagi tahun 2006-2007 menjadi negeri nombor satu dalam pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Inilah kemampuan kerajaan Pakatan, menukarkan defisit menjadi lebihan, negeri corot menjadi juara, hutang yang tinggi bertukar rendah.
Rahsia kejayaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang ialah integriti dan urustadbir bersih. Bezakan Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih di Malaysia yang dipuji Transparency International dengan kerajaan persekutuan BN yang diberi gelaran kerajaan paling korup dalam dunia.
Daripada memuji kami kerana mengubah ekonomi negeri Pulau Pinang, kami disuruh belajar daripada BN yang telah menjahanamkan reputasi negara di mata dunia dengan skandal RM53 bilion 1MDB dan skandal derma RM4.2 bilion.
Mereka yang berbohong semudah bernafas nyata tidak layak memimpin negara.

LIM GUAN ENG Ketua menteri Pulau Pinang

Jumaat, 14 Oktober 2016

RAWATAN ISLAM RM32,000.00

SEKEPING resit bayaran berjumlah RM32,800 dikenakan kepada penama Saadiah Binti Wahab bagi rawatan perubatan dengan kepala surat bertulisPusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka tersebar di Laman Sosial Facebook dan Twitter.

Anak mangsa, Muhammad Sholehin B. Md Saad tampil mendakwa ditipu oleh pihak yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri sendiri sambil menyifatkan perbuatan itu memalukan Islam.

Menceritakan secara terperinci tentang resit bayaran yang tersebar itu, Sholehin berkata pada malam 11 Oktober 2016 yang lalu beliau yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya, Saadiah yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Rizqi, Melaka.

Pihak hospital dakwa Sholehin tidak dapat mengesan punca kesakitan tersebut. Beliau cuba mendapatkan rawatan cara Islam bagi menghindarkan diri dari terjebak kepada sebarang perbuatan syirik sepanjang proses rawatan.

Menurut Sholehin lagi, bayaran RM300 dikenakan untuk 'scan' (imbas) penyakit. Memikirkan derita ditanggung oleh ibu, beliau yang pada awalnya merasa berat hati, tetap rela membayar kos itu selepas meminta bantuan isteri dan abangnya.

Selepas pemeriksaan dibuat, beliau ditanya sama ada mahu meneruskan rawatan, beliau menjawab "ya," dan memang itulah tujuannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan bagi ibu.

Apa yang mengejutkan, cas rawatan yang diserahkan untuk bayaran kepadanya berjumlah RM32,800, selepas berlaku tawar menawar, harga diturunkan kepada RM22,000.

Alasan diberikan ialah, itu merupakan kos untuk menanggung risiko bagi melakukan rawatan terhadap ibunya, dan rawatan tidak akan dimulakan sehinggalah duit atau barangan yang setimpal dengan harga itu dijelaskan.

Sholehin mendakwa pada ketika itu ibunya yang sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, terus menyerahkan rantai tangan emas miliknya yang dibeli dengan harga sekitar RM4,000 suatu masa dahulu.

Namun selepas rawatan yang dimaklumkan hanya suku daripada keseluruhan rawatan yang patut dijalani itu selesai dilakukan, Sholehin bertanya keadaan ibunya, namun ibunya hanya mendiamkan diri.

Ketika berada dalam kereta barulah ibunya berkata tiada sebarang perubahan berlaku, malah kesakitan ditanggung semakin teruk. Sehingga hari ini Sholehin mendakwa sakit ibunya masih berterusan malah kini ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital.

Individu bernama Am didakwa turut menawarkan air yassin untuk diminum dan digunakan sebagai mandian untuk ibu dengan harga RM40 sebotol (1.5 Liter).

Namun selepas Sholehin memberitahu tidak memiliki wang, individu tersebut terus memberikan air yassin itu secara percuma. Beliau turut mendakwa menolak apabila Am menghantar mesej kepadanya menggesa untuk rawatan susulan bagi ibu. — EdisiRakyat.com, 14 Oktober 2016 

Rabu, 12 Oktober 2016

Peguam dedah lagi kos mahkamah belum dilunaskan Nasrudin Tantawi

GEORGE TOWN, 12 OKT: Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi hari ini diingatkan pula tentang bayaran kos untuk permohonannya mahu mengenepikan saman fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditolak mahkamah pada 20 April tahun lalu sebanyak RM2,000.
“Peguam Ketua Menteri masih belum membuat tuntutan kos itu dari beliau. Pihak kami telah diberi arahan untuk menuntut bayaran tersebut secepat mungkin.
“Pihak kami juga mahu tekankan bahawa jumlah kos RM10,000 (dan RM2,000 yang akan dituntut kelak) akan diberi sepenuhnya kepada peguam Ketua Menteri,” jelas Pegawai khas undang-undang Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib dalam satu kenyataan.
Lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkannya semalam, Raja Syarafina berkata Nasrudin sepatutnya membuat permohonan bagi melanjutkan tempoh bayaran kos mahkamah kepada Guan Eng jika beliau berada di luar negara sehingga akhir bulan lalu.
“Dalam zaman internet yang membolehkan komunikasi merentas sempadan negara dengan cepat, takkan susah sangat untuk YB Nasrudin maklumkan bahawa beliau perlukan masa untuk membayar?” soalnya sinis.
Menurut beliau, pihaknya tidak menerima apa-apa permohonan untuk lanjutan masa pembayaran daripada Nasrudin, sedangkan ia wajar dibuat jika beliau tidak mampu membayar kos itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan Nasrudin semalam bahawa bayaran kos mahkamah sebanyak RM10,000 kepada Guan Eng itu tidak dapat dibuat kerana berada di luar negara sehingga akhir September.
Menurut Raja Syarafina, penghakiman termeterai telah diserahkan kepada peguamcara Nasrudin pada 19 September lalu yang turut menuntut beliau membayar kos itu dalam masa 14 hari, iaitu sebelum 2 Oktober 2016.
“Memandangkan tiada bayaran diterima sebelum luputnya tempoh pada 2 Oktober, maka peringatan pembayaran telah dihantar pada 7 Oktober dan diterima oleh firma peguam Nasrudin pada 11 Oktober lalu.
“Bayaran itu masih tidak ada selepas tiga minggu tetapi beliau sebaliknya memilih untuk menyerang tindakan saya mengeluarkan kenyataan akhbar semalam,” ujarnya.
Kos RM500 tidak dituntut peguam Tantawi
Berhubung dakwaan Nasrudin bahawa Guan Eng gagal membayar RM500 kos yang diperintahkan oleh mahkamah pada 2014, Raja Syarafina berkata ia tidak dituntut oleh peguam Ahli Parlimen Temerloh itu sejak dua tahun lalu sehingga ke hari ini.
“Perintah berkenaan tidak pernah diserahkan kepada pihak kami. Surat terakhir daripada pihak kami kepada peguam beliau berhubung perkara ini adalah setakat 3 Oktober 2014.
“Selepas tarikh tersebut, tidak ada apa-apa tuntutan bayaran pernah dihantar,” jelasnya sambil menambah, Nasrudin seharusnya menyemak fakta yang betul sebelum mengetengahkan isu berkenaan.
Nasrudin dan Guan Eng sebelum ini bersetuju untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah dengan terma-terma yang antara lain menuntut Nasrudin sebagai defenden membayar kos sebanyak RM10,000.
Beliau disaman ekoran memfitnah Setiausaha Agung DAP itu menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus. – Roketkini.com

DENDA KERANA BEREHAT LAMA DI RNR DI BANTAH

Kenyataan Media
12 Oktober 2016
Guna Lebuhraya Lebih Masa Dikenakan Penalti Tidak Logik, Mengundang Kecelakaan
Respon syarikat konglomerat Projek Lebuhraya Utara Selatan Malaysia Berhad (PLUS) semalam berkenaan caj tambahan pengguna lebuhraya yang lewat keluar tol adalah amat mendukacitakan. PLUS kini secara senyap telah mengenakan caj Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan atau 'Long Journey Time' (LJT), bagi pengguna lebuhraya yang melebihi masa ditetapkan.
Menurut PLUS dalam kenyataannya, pengguna lebuhraya hanya layak berhenti rehat di hentian Rawat dan Rehat (RnR) selama 2.3jam (138 minit) dan ditambah dengan jumlah masa perjalanan dengan formula tertentu. Sekiranya masa yang diambil oleh pengguna lebuhraya melebihi jumlah masa rehat dan formula jarak perjalanan tersebut, penalti akan dikenakan kepada pengguna.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras penalti yang dikenakan secara senyap oleh PLUS terhadap pengguna lebuhraya. Penalti yang dikenakan ini tidak logik sama sekali malah boleh berlaku tanpa pengetahuan pengguna lebuhraya yang menggunakan kaedah pembayaran Touch n Go. Alasan kononnya berlaku manipulasi kad transit oleh sesetengah pengguna lebuhraya adalah tidak rasional, sepatutnya pihak PLUS punya mekanisma lebih baik untuk atasi masalah ini, bukan dengan cara menghukum pengguna dengan cas tambahan.
Hentian RnR adalah kawasan rehat untuk pengguna lebuhraya, pihak PLUS tidak wajar menetapkan waktu rehat bagi pengguna. Berapa jam pengguna ingin berehat adalah terpulang kepada pengguna kerana laluan lebuhraya ini dibayar, bukan percuma. Pengguna lebuhraya acapkali disaran untuk berehat sekiranya mengantuk, ini demi mengelakkan kemalangan akibat kepenatan atau tertidur akibat rehat yang tidak cukup. Namun kini PLUS pula mengenakan penalti hanya kerana berehat lebih masa.
Penalti yang dikenakan menyebabkan pengguna lebuhraya lebih terdesak dengan kadar tol yang sememangnya tinggi, kini pengguna akan mengelak untuk berhenti rehat supaya tiada penalti dikenakan terhadap mereka. Malah pengguna juga akan memandu melebihi had laju demi mengejar masa mengelak penalti tersebut. Situasi ini lantas membahayakan semua pengguna lebuhraya.
Apakah PLUS sudah menjadi kapitalis yang kejam? Apakah PLUS ingin bertanggungjawab terhadap kemalangan akibat daripada pengguna lebuhraya yang tidak berhenti rehat?
SAMM juga ingin mencadangkan supaya pihak PLUS pula dikenakan penalti sekiranya berlaku kesesakkan di lebuhraya kendalian PLUS. Formulanya, perjalanan dari tol Seremban ke tol Sg Besi hanya mengambil masa hanya 40 minit, jika berlaku kesesakkan hingga menyebabkan kelewatan lebih 50% dari masa perjalanan sebenar, iaitu lewat sehingga perjalanan menjadi lebih sejam, maka pihak PLUS wajar memberikan diskaun di antara 20%-50% bergantung kepada masa kelewatan. Alasannya, lebuhraya bertol adalah laluan berbayar yang sepatutnya menjimatkan masa. Jika laluan di lebuhraya menjadi terlalu sesak hingga melambatkan masa pengguna, untuk apa laluan itu dibayar?
Akhir sekali, SAMM menggesa supaya penalti yang tidak logik ini dimansuhkan segera. Malah sepatutnya semua tol PLUS dimansuhkan selepas puluh tahun mengutip keuntungan dari pengguna. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan jalanraya, bukan menambah kesengsaraan rakyat.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)