Khamis, 22 September 2016

RAKYAT TANGGUNG KESENGSARAAN AKIBAT DARI KEJATUHAN NILAI MATAWANG MALAYSIA.

Kadar tukaran matawang Malaysia dengan matawang Thailand pada hari ini jatuh lagi sehinggakan setiap 1,000bath Thailand yang di tukar oleh rakyat Malaysia yang ke negara jiran tersebut akan kerugian sebanyak RM19.00.

Admin bandingkan tukaran matawang antara Malaysia dan Thailand adalah kerana negara jiran ini merupakan sebuah negara yang sangat penting dalam pengunaan produk-produk mereka kepada kita rakyat Malaysia.

Makanan utama rakyat Malaysia seperti sayur-sayuran, ikan dan beras merupakan bahan eksport utama dari Thailand yang masuk setiap hari ke negara ini selain pakaian dan lain lain lagi.

Akibat kejatuhan matawang Malaysia berbanding dengan Thailand maka rakyat Malaysia terutamanya dari kalangan golongan bawahan dan pertengahan adalah menerima kesan yang teruk akibat kenaikan harga barang kerana nilai matawang negara yang berbeza terlalu jauh.

Contohnya jika sebelum ini satu tong ikan kembung dari Thailand di beli dengan harga borong di Thailand dengan harga 600bath (RM60.00) tetapi akibat kejatuhan matawang negara satu tong ikan kembung telah menjadi RM71.00 iaitu dengan kenaikan sebanyak RM11.00 satu tong.

Jika sebuah kontena yang membawa ikan ikan Thailand ini ke Malaysia boleh memuatkan sebanyak 500 tong maka harga ikan tersebut telah menjadi RM35,500.00 berbanding ketika matawang sebelum ini hanya RM30,000.00.

Bayangakan sebuah lori yang membawa 500 tong ikan kembung Thailand akan kerugian sebanyak RM5,500.00 setiap hari dan segala kerugian tersebut sudah pasti akan di tujukan kepada pengguna dari rakyat Malaysia dengan menaikan harga ikan kembung.

Makanya akibat dari kejatuhan matawang ini rakyat Malaysia terpaksa menanggung segala kerugian yang di alami oleh pemborong pemborong sama ada makanan mahupun pakaian dan lain lain.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira dari apa bangsa dan agama atau fahaman parti politik tidak pernah terasa terdetik bahawa kesengsaraan rakyat pada hari ini adalah akibat dari kegagalan kerajaan Barisan Nasional  dalam menguruskan negara dengan betul?


Hanya kita mampu mengubahnya.

Rabu, 14 September 2016

KEBOROSAN ISTERI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI DI MENJADI BAHAN BERITA LUAR NEGARA

Ibu Tien iaitu isteri kepada bekas presiden Indonesia, Suharto dan Imelda Marcos juga isteri kepada bekas Presiden Filipina adalah antara nama nama isteri bekas pemimpin tertinggi negara yang melakukan keborosan melampau menggunakan kedudukan suami mereka sebagai pemimpin negara.
Namun kedua dua isteri pemimpin tertinggi Indonesia dan Filipina ini telah pun di halau oleh rakyat negara mereka sendiri setelah suami mereka di jatuhkan oleh rakyat negara tersebut yang sudah tidak tertahan lagi dengan keborosan yang melampau menggunakan harta kerajaan.
Kini muncul pula seorang lagi Imelda dan Ibu Tien yang berperwatakan lebih dasyat dari kedua dua First lady negara jiran tersebut.
Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sejak suaminya menjadi Perdana Menteri berbagai isu tentang keborosan dirinya telah di dedahkan oleh media luar negara tanpa ada apa apa sebarang tindakan saman oleh beliau sebagai menafikan tuduhan tersebut.
Yang terkini cerita Rosmah Mansor telah menjadi bahan berita di dalam televisions Korea Selatandan akhbar di Indonesia di mana beliau telah katakan membelanjakan wang berjuta ringgit untuk membeli pakaiannya.
Persolannya di manakah beliau mengambil wang berjuta juta ringgit ini untuk memuaskan hawa nafsunya dan adakah kedudukan suaminya sebagai Perdana Menteri negara telah di salahgunakan oleh dirinya sebagai kepentingan peribadi demi kemewahan terlampau.
Lawati blog FOD di http://friendsfofdap.blogspot.my/ untuk rujukan artikal yang lama.

Selasa, 13 September 2016

BAZAR PERDANA BANDAR PERDA LAMBANG PENGKHIANATAN PEMIMPIN UMNO KEPADA PENIAGA KECIL MELAYU DI PULAU PINANG

Isu melayu yang di katakan tertindas di Pulau Pinang bukanlah satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermain di bibir orang orang politik sejak dari lepas merdeka hinggalah ke hari ini dengan menjadikan nasib orang melayu sebagai bahan sentimen politik untuk meraih sokongan orang melayu kepada Barisan Nasional,parti umno khususnya.
Dengan menjadikan alasan melayu tertindas oleh bangsa lain maka orang-orang melayu terus di ikat agar terus menerus mengharapkan Umno membela nasib mereka.
Pembagunan berbagai kompleks perniagaan di sekelilingnya juga gagal di mafaatkan oleh pemaju.
Sedangkan orang-orang melayu Pulau Pinang sama ada sedar atau tidak harapan yang mereka dambakan daripada Umno itulah yang menjadikan masa depan mereka hancur akibat dari pengkhianatan pemimpin- pemipin Umno itu sendiri.
Bazar Perdana Bandar Baharu Perda adalah salah satu daripada siri pengkhianatan pemimpin Umno kepada peniaga-peniaga melayu yang di janjikan satu harapan besar untuk mereka berniaga di sebuah kompleks perniagaan di Bukit Mertajam.
Lot-lot kedai yang telah di jual kepada orang-orang melayu dengan penuh pengharapan untuk memulakan perniagaan di tempat yang di janjikan ini akhirnya terbiar begitu saja sejak lebih 10 tahun lalu kerana tidak ada apa apa tindakan dari pihak pemaju untuk memajukan tempat perniagaan ini walaupun komplek ini sudah pun menerima sijil kelayakan di duduki sejak tahun 2003 lagi.
Sudahlah tanah tanah orang melayu di beli dengan harga yang murah pada ketika itu untuk membina kompleks ini demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda apabila menukar status tanah pertanian kepada pembangunan tetapi apabila bangunan sudah siap dan di jual kepada peniaga peniaga melayu dengan harga RM15ribu-RM20ribu ianya tidak boleh di gunakan sehingga ke hari ini.
Ada peniaga melayu yang terpaksa menanggung hutang bank sehingga ke hari ini dan ada juga nama mereka telah di senarai hitamkan oleh pihak bank kerana gagal untuk membayar hutang.
Walaupun kini kawasan yang meletakan kompleks ini telah pesat membangun dan jalan raya yang telah di lencongkan melalui hadapan kompleks ini namun pihak pemaju masih terus membisu membiarkan peniaga – peniaga melayu yang telah kehabisan modal terus merana kerana harapan mereka untuk berniaga di sini di khianati oleh pemimpin Umno yang menguasai pihak pemaju.
Ruangan Pasar Basah di tingkat bawah juga tidak beroperasi
Nah!! Siapakah sebenarnya yang menjadi pengkhianat kepada orang melayu di Pulau Pinang?
Inilah pemimpin Umno bernama Dato Musa yang selalu saja nyaring menuduh orang lain menjual tanah orang-orang melayu sedangkan dirinya sendiri terlalu banyak melakukan dosa kepada orang melayu Pulau Pinang.
Beberapa artikel/komen berkenaan Bazaar Perdana Bandar Perda
1. Bazaar Perdana Perda - 1072 Peniaga Melayu ditipu Datuk Musa Sheikh Fadzir? Apa tindakan kerajaan negeri? (15/02/2012)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/…/bazaar-perdana-pe…
2. Bazar Perdana Dato Musa didesak lagi (20/07/2011)
http://kmpppmc.blogspot.com/…/bazar-perdana-dato-musa-dides…
3. Bazar Perdana : Peniaga Melayu rasa ditipu (18-12-2011)
http://www.buletinmutiara.com/bazar-perdana-peniaga-melayu…/
4. Tuntutan-tuntutan pembeli sebelum bersetuju menubuhkan JMB Bazaar Perdana
Bandar Perda (19-05-2012). http://sembilangjaya.blogspot.com/…/tuntutan-tuntutan-pembe…
5. Managing High-Rise Residential Building in Malaysia. Where are we?
by Assoc. Prof. Dr Tiun Ling Ta (USM) also as Ahli Majlis MPSP
http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/naprec/naprec6.pdf
6. Anak Sungai Derhaka: Tak siapa peduli nasib 800 peniaga Melayu Bazar Perdana Bandar Perda
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/…/tak-siapa-peduli-na…

Sabtu, 10 September 2016

BERITA BAIK UNTUK PENIAGA PENIAGA KECIL DI PULAU PINANG


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan bantuan mikro kredit kepada peniaga peniaga kecil bagi mengelakkan peniaga kecil terlibat dengan kegiatan Ah Long di dalam perniagaan mereka.
Sejak skim ini di mulakan oleh Kerajaaan Negeri Pulau Pinang, sebanyak 2,139 peniaga peniaga kecil terutamanua dari kalangan peniaga kecil melayu telah mendapat kemudahan dari skim ini iaitu sebanyak RM10.12juta.
Bagi peniaga peniaga kecil yang berkeperluan modal dalam perniagaan mereka jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan negeri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-6340125 ataupun hadir ke pejabat Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Bayan Baru.
Mohon sebarkan perkara baik ini agar semua rakan rakan peniaga mendapat info ini dan sama sama dapat merasai bantuan kewangan yang di berikan oleh kerajaan negeri ini.
Borang permohonan:

HANYA DI PULAU PINANG KERAJAAN PULAU PINANG BAYAR RM68ribu KEPADA BUMIPUTERA YANG MEMBELI RUMAH KOS SEDERHANA YANG BERHARGA RM140ribu.






















GEORGETOWN, 7 SEPTEMBER: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan mengorak setapak lagi kehadapan dalam memperjuangkan hak kaum bumiputera di negeri itu dengan menyediakan rumah mampu milik kepada pemohon yang layak.
Sebanyak 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P Chelliah telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500 seunit.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, langkah berkenaan diharap mampu memastikan lebih 30 peratus kuota bumiputera yang diperuntukkan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandaraya.
“Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan,” tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise.
MOU berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama-sama Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon), Lim Beng Keong.
Turut hadir menyaksikan majlis tandatangan MOU tersebut ialah, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon; Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan); serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.
Katanya, harga sebenar bagi seunit rumah berkenaan adalah RM100,000, bagaimanapun kerajaan negeri telah menyerap RM25,000 iaitu nilai satu petak tempat letak kenderaan di sini, menjadikan harga seunit rumah berkenaan hanya RM72,500.
Berdasarkan MOU itu, sejumlah RM23.2 juta sahaja atau RM72,500 untuk tiap-tiap unit rumah KSR akan dibayar kepada pemaju.
“Bakinya (kita-kira RM21.4 juta lagi) adalah sebagai sumbangan yang ditanggung oleh mereka (Zubicon)
“Manakala, baki RM67,500 bagi 320 KSR ini yang berjumlah RM21.4 juta akan diberikan kepada MPSP sebagai sumbangan bagi menampung kerugian mereka menyerahkan tanah untuk pemajuan projek tersebut,” katanya. – Roketkini.com