Khamis, 22 September 2016

RAKYAT TANGGUNG KESENGSARAAN AKIBAT DARI KEJATUHAN NILAI MATAWANG MALAYSIA.

Kadar tukaran matawang Malaysia dengan matawang Thailand pada hari ini jatuh lagi sehinggakan setiap 1,000bath Thailand yang di tukar oleh rakyat Malaysia yang ke negara jiran tersebut akan kerugian sebanyak RM19.00.

Admin bandingkan tukaran matawang antara Malaysia dan Thailand adalah kerana negara jiran ini merupakan sebuah negara yang sangat penting dalam pengunaan produk-produk mereka kepada kita rakyat Malaysia.

Makanan utama rakyat Malaysia seperti sayur-sayuran, ikan dan beras merupakan bahan eksport utama dari Thailand yang masuk setiap hari ke negara ini selain pakaian dan lain lain lagi.

Akibat kejatuhan matawang Malaysia berbanding dengan Thailand maka rakyat Malaysia terutamanya dari kalangan golongan bawahan dan pertengahan adalah menerima kesan yang teruk akibat kenaikan harga barang kerana nilai matawang negara yang berbeza terlalu jauh.

Contohnya jika sebelum ini satu tong ikan kembung dari Thailand di beli dengan harga borong di Thailand dengan harga 600bath (RM60.00) tetapi akibat kejatuhan matawang negara satu tong ikan kembung telah menjadi RM71.00 iaitu dengan kenaikan sebanyak RM11.00 satu tong.

Jika sebuah kontena yang membawa ikan ikan Thailand ini ke Malaysia boleh memuatkan sebanyak 500 tong maka harga ikan tersebut telah menjadi RM35,500.00 berbanding ketika matawang sebelum ini hanya RM30,000.00.

Bayangakan sebuah lori yang membawa 500 tong ikan kembung Thailand akan kerugian sebanyak RM5,500.00 setiap hari dan segala kerugian tersebut sudah pasti akan di tujukan kepada pengguna dari rakyat Malaysia dengan menaikan harga ikan kembung.

Makanya akibat dari kejatuhan matawang ini rakyat Malaysia terpaksa menanggung segala kerugian yang di alami oleh pemborong pemborong sama ada makanan mahupun pakaian dan lain lain.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira dari apa bangsa dan agama atau fahaman parti politik tidak pernah terasa terdetik bahawa kesengsaraan rakyat pada hari ini adalah akibat dari kegagalan kerajaan Barisan Nasional  dalam menguruskan negara dengan betul?


Hanya kita mampu mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan